Program MyVac telah berakhir. Jika anda berminat untuk sukarela, sila melayari laman web MySukarela (https://mysukarela.com). Sekian terima kasih

Pusat KoordinasiSukarelawan COVID-19

Platform oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia

Mengenai MyVac

MyVAC (Malaysia Vaccine Support Volunteers) merupakan satu inisiatif yang ditubuhkan hasil kerjasama antara Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), Kementerian Belia & Sukan (KBS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) untuk membantu dalam pelancaran program imunisasi kerajaan dengan menempatkan individu yang bersedia berkhidmat dalam pasukan vaksinasi. Program mobilisasi sukarelawan ini akan menjadi instrumen yang amat penting dalam kempen vaksinasi Malaysia bagi mencapai "Herd Immunity".

Oleh itu, MySukarela ditubuhkan untuk menyokong pelaksanaan MyVAC dengan berkesan. Ia membantu mengisikan keperluan tenaga kerja bagi perlaksaanan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan menempatkan sukarelawan yang rela dan bersemangat dari semua lapisan masyarakat.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan dilaksanakan di 605 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh Malaysia. Dengan mendaftarkan diri, anda boleh memilih untuk berkhidmat di kawasan anda mengikut masa pilihan anda sendiri. Kami menyeru semua rakyat Malaysia yang bersedia dan berkemampuan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan bagi mengurus dan melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan 2021.

Semua orang dialu-alukan untuk menjadi sebahagian dalam komuniti MyVAC. Daftar sebagai sukarelawan hari ini.

Pusat Pemberian Vaksin (PPV)

Kerajaan Malaysia merancang / telah menubuhkan 605 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh Malaysia untuk memastikan liputan seluruh negara. Pusat Pemberian Vaksin akan dikendalikan oleh kakitangan dari pelbagai kementerian, agensi dan organisasi. 4 kumpulan kakitangan akan ditugaskan untuk memastikan pelaksanaan program dengan selamat dan teratur. Jenis pusat pemberian vaksinasi adalah seperti berikut :

Pejabat Komuniti, Pejabat Daerah Kerajaan

  • PPV Jenis 1 - 200 dos/sehari
  • PPV Jenis 2 - 400 dos/sehari
  • PPV Jenis 3 - 600 dos/sehari

Dewan Komuniti, Balai Raya Komuniti

  • PPV Jenis 4 - 800 dos/sehari
  • PPV Jenis 5 - 1000 dos/sehari
  • PPV Jenis 6 - 1200 dos/sehari

Stadium, Dewan Perhimpunan

  • PPV Jenis 7 - 1400 dos/sehari
  • PPV Jenis 8 - 1600 dos/sehari

Langkah-Langkah untuk menjadi Sukarelawan Bukan Kesihatan

Langkah 1

  • Daftar diri anda di laman web MyVAC @ www.myvac.com.my
  • Mengesahkan akaun anda melalui emel anda
  • Lengkapkan profil anda
  • Jalankan semua modul latihan sukarelawan dan lulus kuiz
  • Muat turun, cetak dan mengesahkan semua borang yang berkaitan

Langkah 2 - Laporkan diri anda ke Pejabat Belia dan Sukan yang berdekatan

  • Serahkan semua borang
  • Menerima dan menandatangani Surat Tawaran Sukarelawan
  • Pilih lokasi dan tarikh yang anda hendak berkhidmat
  • Terima Kit Sukarelawan anda

Langkah 3

  • Mengesahkan Deklarasi Saringan Covid-19 sebelum tarikh lapor diri
  • Melaporkan diri di Pusat Pemberian Vaksin

Langkah-Langkah untuk menjadi Sukarelawan Kesihatan

Langkah 1

  • Daftarkan diri anda di laman web MyVAC @ www.myvac.com.my
  • Mengesahkan akaun anda melalui emel anda.
  • Pengesahan APC oleh KKM (4-5 hari bekerja)

Langkah 2

  • Lengkapkan profil anda
  • Jalankan semua modul latihan sukarelawan dan lulus kuiz
  • Muat turun, cetak dan mengesahkan semua borang yang berkaitan

Langkah 3

  • Menghadiri taklimat Sukarelawan Kesihatan “atas talian” (Dijadualkan setiap hari Jumaat)
  • Pilih lokasi dan tarikh yang anda hendak berkhidmat

Langkah 4

  • Mengesahkan Deklarasi Saringan Covid-19 sebelum tarikh lapor diri
  • Melaporkan diri di Pusat Pemberian Vaksin dan serahkan semua borang kepada Penyelaras PPV anda

Skop Kerja Sukarelawan

Sukarelawan Bukan Kesihatan

  • Membuat saringan suhu dan gejala
  • Membuat pendaftaran penerima vaksin menggunakan sistem MySejahtera dan MyVAS
  • Membantu mengedarkan borang kebenaran menerima vaksin
  • Mengawal dan mengurus orang ramai di PPV
  • Memberi bantuan kepada Pasukan Kesihatan
  • Memastikan SOP Covid-19 dipatuhi

Sukarelawan Kesihatan

  • Membuat saringan penerima vaksin
  • Mengendalikan penerima vaksin yang mempunyai gejala
  • Memberi penerangan dan konsultasi berkaitan dengan pemberian vaksin
  • Pengawasi semua penerima di Ruang Permerhatian
  • Berkhidmat sebagai Vaksinator

Volunteer Requirement

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Mempunyai Nombor Perubatan APC/ARC yang sah (hanya untuk Sukarelawan Kesihatan SAHAJA)
  • Sihat dan tidak menghidapi sebarang penyakit kronik atau ketidakupayaan
  • Tidak mempunyai risiko pendedahan kepada jangkitan Covid-19 dalam tempoh 14 hari